NO 16G & 27G, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG, 43000, KAJANG, Selangor, Malaysia
Specialized products / services
About Us
Pewaris Gemilang Sdn. Bhd. (PGSB) merupakan sebuah syarikat percetakan yang dimiliki
sepenuhnya oleh Bumiputera dan telah diperbadankan di Malaysia pada 24 Disember
2014 di bawah Akta Syarikat 1965. Pejabat urusan kami beralamat di No. 27G, Jalan Putra
8, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor.
PGSB turut memiliki pendaftaran syarikat Bumiputera dari Kementerian Kewangan
Malaysia serta memiliki permit mesin cetak yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam
Negeri. Selain dari itu, kami juga mempunyai sijil ISO MS 9001: 2015.
Kami menawarkan perkhidmatan percetakan digital, inkjet, perkhidmatan seni reka grafik,
serta menjadi pembekal bagi barangan promosi seperti cenderamata dan cenderahati
korporat. Setelah beroperasi lebih 10 tahun, PGSB kini berpengalaman luas dan aktif
dalam menjalankan kerja-kerja percetakan bagi pelbagai agensi kerajaan, GLC dan
syarikat-syarikat swasta.
PGSB amat menitik-beratkan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dengan mengambil
kira hubungan jangka panjang. Bukan sekadar komitmen jualan, kami berurusan dengan
layanan profesional dan peribadi. Kami berharap pelanggan berasa selesa dengan cara
kerja kami dan menghargai perhubungan bersama kami.
Kami membantu anda menyelesaikan masalah, meramal cabaran dan memberikan
kaedah penyelesaian. Masalah anda adalah komitmen kami untuk mengatasinya. Kami
berjanji akan sentiasa bekerja lebih kuat, dan mencuba sedaya upaya kami.
Kenapa kami berani untuk menjanjikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan
berkualiti?. Ini adalah kerana syarikat kami memiliki mesin-mesin percetakan digital, inkjet
dan UV yang terkini secara in house tanpa menggunakan orang tengah untuk menjalankan
operasi pengeluaran. Kami mengawal sendiri masa yang akan diperlukan untuk setiap
proses pengeluaran dengan dibantu oleh tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman.
Kami juga yakin, kami boleh menjadi rakan percetakan yang boleh dipercayai untuk
semua pelanggan yang amat kami hargai.